Polis giat kesan Muhammad Sajjad yang masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang


Polis masih meneruskan usaha membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesan keberadaan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang bersembunyi bagi mengelakkan dirinya ditangkap susulan pihak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan pertuduhan memakai pakaian seperti wanita. 


Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, JAIS sudah meminta bantuan pihak polis untuk mengesan lelaki itu. 


"Setakat ini, kita masih berusaha menjejakinya untuk diserahkan kepada JAIS," katanya. 


Muhammad Sajjad dipercayai masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang dan enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, selain didapati cuba meraih bantuan daripada beberapa pihak pendokong LGBT di luar atau dalam Malaysia. 


Sementara itu di akaun Instagramnya masih kelihatan aktif tetapi lebih kepada penjualan produk yang dipercayai dikendalikan oleh rakannya. 


16 Mac 2021, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan akidah dan keislaman mereka. 


Baginda menegaskan, apa-apa juga iktikad atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya akidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari Islam. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3tECVFc
via IFTTT