(Video) 'Ahh! Ahhhhhhh! Ahhh!' - Otot Abang Sado terkoyak ketika cuba angkat berat 225 KG


Otot seorang ahli bina badan terkoyak ketika cuba melakukan aktiviti mengangkat berat di sebuah gim di Dubai. 


Klip video pendek itu menunjukkan otot Ryan Crowley, 23, terkoyak apabila bebanan besi berat itu diserahkan jurulatihnya, Larry Wheels, ke tangannya menyebabkan Ryan tersentak kesakitan dan terus mengelupur kesakitan sebelum terjatuh ke lantai


Karier ahli bina badan berasal dari Britain itu kini tergantung dan pada masa yang sama dia cuba berusaha memulihkan kembali ototnya yang terjejas teruk.


Bagaimanapun tidak dinyatakan berapa jumlah bebanan berat yang cuba diangkat oleh Ryan. Tetapi jika dilihat berdasarkan video kejadian, plat besi yang digunakan dipercayai  225 kilogram.


Disebabkan kecederaan itu, Ryan terpaksa menjalani pembedahan di King's College Hospital di Dubai. Pembedahan yang sepatutnya mengambil masa selama satu jam, terpaksa dianjakkan ke empat jam kerana doktor terpaksa membina semula tisu badannya yang terkoyak teruk.


Sementara itu, Larry membuat kutipan derma melalui laman GoFundMe untuk membiayai kos rawatan Ryan yang tidak dilindungi insurans perubatan. 


Setakat ini, Ryan telah menerima 1,300 sumbangan dalam masa kurang seminggu yang berjumlah RM159,163, bagi membolehkan Ryan mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin. Ryan berkata, tanpa sumbangan itu, tangannya mungkin tidak akan pulih seperti sediakala. 


Ryan kini telah dibenarkan keluar dari hospital dan tinggal di sebuah hotel untuk menjalani proses pemulihan. 



"Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong saya di waktu ini, Apa yang berlaku adalah sangat dahsyat, menyakitkan dan sangat mustahil untuk diterima dari segi mental dan fizikal,. Tetapi saya tetap kuatkan diri dan positif sebaik mungkin." 


Ryan mengaku dia masih terasa sakit selepas menjalani pembedahan yang menyebabkan tubuhnya bengkak. Walaupun begitu, kecederaan itu tidak menjejaskan harapannya untuk meneruskan karier bina badan dan dia merancang untuk berusaha sebaik mungkin mengembalikan fungsi tangan kanannya yang akan digunakan setiap hari dan akhirnya kembali ke gim.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2NVl1yO
via IFTTT