(Video) 'Kau ada hormat tokey? Kau sebut C**ai kat bini tokey kan?!' - Pekerja disepak & ditampar sebab tinggikan suara pada bini tokey
Video seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dibelasah tanpa belas kasihan, viral di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi netizen.
Video pertama berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, mangsa duduk di satu sudut dalam keadaan mukanya lebam akibat dipukul oleh salah seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.
Berdasarkan video, suspek pertama bertanya adakah dia menunjukkan rasa hormatnya kepada majikannya sebelum itu. Mangsa kelihatan keliru dan mengambil masa yang agak lama untuk memproses soalan itu.
Berang melihat mangsa tidak menjawab pertanyaan itu menyebabkan suspek bertindak menendang dan melempang muka mangsa dengan kuat sehingga bibirnya mengalami pendarahan.
Setelah dipukul, mangsa menjawab tiada. Suspek juga mempersoalkan mengapa mangsa meninggikan suara terhadap isteri majikannya. Namun, mangsa menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia bercakap dengan suara yang agak lantang kerana merasakan suaranya tidak didengari wanita itu.
Mangsa: "Saya takut dia tak dengar."
Suspek: "Biar betul tak dengar, kau cakap kuat mana?!"
Mangsa: "Nyaring macam inilah."
Jawapannya itu mengundang suspek bertindak memukulnya, tetapi sempat ditahan menggunakan tangan kiri.
Suspek: "Cakaplah!"
Mangsa: "Macam ni lah saya cakap."
Suspek: "Kau sebut C***i kan?!"
Mangsa: "Saya tak ada sebut pun kata-kata kesat!"
Suspek: "Takde?"
Mangsa: "Kan CCTV tu boleh rakam.."
Video kedua berdurasi 20 saat pula menunjukkan mangsa dipaksa memakai topi keledar, menghisap rokok dan memegang sebotol bir jenama Tiger. Difahamkan, suspek memaksanya minum bir tersebut.
Mangsa: "Saya dah tak dapat minum."
Suspek: "Tak dapat minum?! Aku suruh kau minum!!!!"
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah lot kedai di Taman Seri Duyong di Ayer Molek, Melaka.
Lapor Sin Chew Daily, mangsa diambil bekerja dengan sebuah syarikat alat telekomunikasi yang menjalankan aktiviti perjudian online dengan gaji RM2,500 sebulan.
Namun, apabila pekerjanya mahu meninggalkan syarikat itu, mereka akan didera secara fizikal dan majikan akan menuntut mereka membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM7,500.
Ramai netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.
Sumber: World of Buzz, Sin Chew Daily
from The Reporter https://ift.tt/3sFBWoa
via IFTTT