'10 minit rider kena tunggu, kau suruh plak laki kau bantai rider?' - Kepala Rider Food Panda cedera dipukul dengan tukul besi oleh suami kepada pelanggannya


Seorang penghantar makanan Food Panda menerima sembilan jahitan di kepala akibat dipukul oleh suami kepada pelanggannya dalam kejadian yang berlaku di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas. 


Ketua Polis Daerah Timur Luat, Asisten Komisioner Soffian berkata, kejadian itu berlaku pada petang semalam ketika mangsa berusia 40 tahun menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggannya, kira-kira jam 4.10 petang. 


Sebaik saja tiba di lokasi yang ditetapkan, rider Food Panda enunggu untuk tempoh yang agak lama untuk menyerahkan pesanan itu. Dia cuba menghubungi pelanggan berkenaan untuk memaklumkan dia telah sampai. Tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. 


Hanya selepas 10 minit kemudian, barulah wanita itu muncul dan kedua-duanya beredar dari lokasi tersebut. 


20 minit selepas itu, mangsa dihubungi oleh suspek, suami kepada pelanggan wanita tadi, yang juga merupakan seorang pengganggur, memaklumkan dia mahu menghantar semula makanan yang telah dipesan. 


Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus datang ke rumah dan berlaku pula pertengkaran di antara mereka. Suspek mendakwa mangsa telah memarahi isterinya sebelum memukul kepala mangsa menggunakan penukul besi. 


Bertindak di atas laporan yang dibuat mangsa, polis telah menahan suspek di rumahnya pada malam tadi. Polis turut merampas penukul besi yang digunakannya untuk mencederakan mangsa. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek dari mahkamah. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/32Es2rw
via IFTTT