'Bagi orang yang tak cerdik ni, buka & baca balik arahan MKN' - KPN dedah ada pegawai kerajaan & menteri tak puas hati SJR didirikan di Putrajaya
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain berdepan dengan kecaman orang awam, pihaknya juga berdepan dengan kecaman dari 'orang dalam' berhubung pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR).
Abdul Hamid berkata, 'orang dalam' itu sepatutnya faham bahawa SJR itu diadakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekang penularan Covid-19.
"Yang saya sedih tu, dalam mesyuarat dibangkitkan 'mengapa PDRM mendirikan sekatan jalan di Putrajaya'. Apa kena mengena Putrajaya dengan mendirikan sekatan jalan?
"...sepatutnya faham tentang perlunya SJR didirikan atas arahan MKN. Masih ramai yang tak cerdik mengecam tanpa usul periksa.
"Jadi bagi orang yang tak cerdik ini, saya ingatkan, buka dan baca balik arahan-arahan MKN sebelum nak kutuk PDRM," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, polis mungkin akan membekukan cuti semua pegawainya untuk mengawal pergerakan orang ramai. Walaupun PKP tidak diisytiharkan (hari raya nanti), polis akan melaksanakna tindakan mengetatkan penguatkuasaan.
Oleh yang demikian, Abdul Hamid memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengecam PDRM yang akan mengadakan SJR sepanjang musim perayaan kelak, sehingga menyebabkan kesesakan beribu kilometer jauhnya.
"Kalau ada pegawai-pegawai kerajaan sendiri yang tak faham, yang tak cerdik ini, datang berjumpa dengan saya. Saya nak ajar mereka kenapa kita buat macam tu (SJR). Jangan pandai-pandai nak mengadu saja, nak kritik saja.
"Saya, kalau dari orang ramai ini (orang awam), saya faham. Tetapi kalau datang dari dalam, menteri sendiri.. saya minta mereka sendiri fahamlah.
"Hari-hari bermesyuarat, balik-balik (bangkit) kisah kesesakan. Nak jadi juara, nak membela orang ramai. Lepas tu salahkan kami (PDRM)," katanya.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/3aJ186c
via IFTTT