'Mangsa diberi dadah sebelum dirogol' - Remaja 18 tahun dirogol, diliwat bapa & 3 abang kandungnya secara bergilir-gilir
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dia telah dirogol oleh bapa dan tiga abang kandungnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa mendakwa dia dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak.
"Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah. Mangsa juga dikatakan diberi minuman yang bercampur dengan bahan dipercayai dadah oleh suspek sebelum dirogol," katanya.
Di sebelah malam pula, mangsa menjadi tempat melampias nafsu setan bapanya, yang mengugut akan memukul mangsa sekiranya dia melawan.
Siasatan mendapati, mangsa diperlakukan sebegitu oleh empat suspek sejak Februari 2020 sehingga hujung Februari 2021.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan bapa, tiga abang mangsa dan seorang wanita yang juga merupakan kakak ipar mangsa pada jam 12.45 tengah malam kelmarin.
Kesemua yang ditahan berusia dari 23 hingga 48 tahun. Keputusan ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Semua ditahan remana selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3axHnhR
via IFTTT