Hanya kerana ditegur tidak memakai pelitup muka, seorang pelanggan lelaki bertindak memaki hamun, menolak dan mencekik pekerja pasar raya di Senawang.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 50 tahun itu telah ditahan kerana menggugut dan mencederakan pekerja pasar raya di Mas Bukti pada jam 10 malam Ahad, 18 April 2021.
Suspek yang bertindak bagaikan hilang akal dan tidak berotak itu kerana berang ditegur tidak memakai pelitup muka.
Siasatan juga mendapati, suspek tidak menulis nama di buka yang disediakan, apatah lagi menjalani pemeriksaan suhu badan.
Suspek telah ditahan dan akan direman di Mahkamah Seremban. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 323 Kanun Keseksaan, serta akan dikenakan kompaun tambahan kerana gagal mematuhi SOP.
Video rakaman kamera litar tertutup CCTV turut tersebar di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2QcbbcY
via IFTTT