'Aku tak berani tipu mak sakit, menyesal kalau jadi betul-betul' - Wanita ditahan selepas palsukan dokumen hospital semata-mata nak rentas negeri
Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan kerana membuat permohonan merentas negeri menggunakan dokumen hospital palsu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita itu terdahulu datang ke Balai Polis Pantai pada jam 3.40 petang semalam, memohon merentas negeri ke Terengganu dengan alasan ibunya sedang sakit.
Bagaimanapun, anggota yang membuat semakan dengan pihak hospital mendapati dokumen perubatan yang diserahkan oleh wanita itu adalah palsu.
Siasatan kemudian mendapati wanita berkenaan mengaku telah memalsukan dokumen Jabatan Kecemasan & Trauma sebuah hospital di Kuala Terengganu. Dokumen tersebut telah diciptanya di rumah kakaknya di Petaling Jaya pada 9 Mei 2021.
"Suspek memuat naik borang Permit Pergerakan Rentas Negeri daripada internet dan menggunakan cop rasmi pegawai perubatan hospital tanpa pengetahuan dan keizinan," katanya.
Sebelum ini juga, suspek pernah membuat permohonan merentas negeri di Balai Polis Seapark pada 9 April 2021, namun permohonannya ditolak.
Ekoran itu, polis telah menahan suspek dan salinan permohonan Permit PKPB serta salinan dokumen hospital tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat. Suspek akan dituduh di mahkamah hari ini.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3bkNZAC
via IFTTT