Jururawat cantik dibakar hidup-hidup oleh lelaki yang tidak dikenali


Jururawat yang mempunyai paras rupa yang cantik bernama Eva Sofiana Wijayanti, 33, dilaporkan dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, ketika sedang berehat di Klinik Bunga Husada, di tempatnya bekerja, di Desa Arjowilangun, Kecamatan Pagelaran, Kabupaten Malang, Indonesia. 


Eva yang aktif di media sosial Facebook dan Instagram, selalu memuat naik gambar di media sosial dengan senyuman yang manis. Difahamkan, wanita itu mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil. 


Sehingga kini, polis masih memburu suspek yang telah menganiaya ibu kepada dua anak itu. 


Berdasarkan kronologi, suspek pada awalnya turun dari motosikal jenis Honda Beat berwarna merah dan lalu menghampiri Eva. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai jaket dan helmet serta pelitup muka untuk menutup wajahnya. 


Sebaik saja menghampiri Eva, suspek terus menyiram cecair yang dipercayai petrol dari botol minuman yang dibawanya, ke wajah dan badan Eva, lalu menyalatkan api pada badan mangsa. 


Eva meronta-ronta kepanasan dan tubuh badannya terus terbakar sehingga hangus. 


Lebih malang lagi, kejadian itu berlaku ketika tiada seorang pun yang berada di sekitar kawasan itu. Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan klinik selepas terdengar jeritan pilu dari Eva. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3egGLzt
via IFTTT