Wanita yang menyuap anaknya dengan rokok elektronik atau vape kini sedang dikesan oleh polis setelah video itu viral meluas di serata media sosial.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak dan dalam masa yang sama sedang giat mengesan wnaita berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Kita sedang mengesan wanita itu untuk siasatan dan menyelamatkan kanak-kanak terbabit," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa, 4 Mei 2021.
Terdahulu seorang pemandu lori tampil membuat laporan polis terhadap wanita itu yang perbuatannya yang dianggap melampau dan dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak terbabit.
Wanita itu pada awalnya menegaskan dia boleh berbuat sesuka hati terhadap anaknya dan memuat naik apa saja video di akaun media sosialnya walaupun sedar akan dikecam.
Namun, 'nada' wanita itu berubah setelah ramai netizen tampil mengecam perbuatannya yang jelas sekali tidak bertanggungjawab itu.
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada wanita itu memohon netizen berhenti mengecam isterinya yang kini sedang tertekan selepas video itu viral dan memohon maaf di atas perbuatan isterinya yang hanya sekadar bergurau dengan anak mereka.
from The Reporter https://ift.tt/3vHVslk
via IFTTT