'Saya abang sedare dia, benarkan saya hensem mengambilnya' - Bapa buat laporan polis, individu menyamar sebagai ahli keluarga cuba mendekati anak perempuannya


Seorang bapa membuat laporan polis susulan terdapat percubaan individu yang tidak dikenali cuba mendekati anak perempuannya yang berusia 16 tahun. 


Perkara itu diceritakan semula oleh guru bernama Mohd Fadli Salleh di Facebooknya, yang merupakan kenalan kepada pengadu, yang pada hari itu datang ke premisnya untuk membeli dan membaiki telefon. 


Pengadu yang dikenalinya sejak 10 tahun lepas itu, juga merupakan bapa kepada pelajarnya. Dan mereka boleh dikatakan agak rapat. 


"Si ayah datang bercerita, dia sekarang risau dengan keselamatan anak perempuannya yang sememangnya cantik. 


"Minggu lepas guru kelas anaknya ada menghubungi dia dan memaklum 'abang saudara' kepada anaknya ingin mengambil anaknya di sekolah atas urusan keluarga. 


"Terkejut si ayah apabila mendengar hal itu. Sedangkan dia tidak pernah menyuruh sesiapa pergi mengambil anaknya dan tiada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Dia terus bergegas ke sekolah untuk mengambil anaknya kerana risau. 


"Selang beberapa hari kemudian, individu yang sama masih tidak berputus asa. Kali ini dia menghubungi si ayah dan menyamar sebagai cikgu kelas. 


"Dia memberitahu, anaknya perlu hadir ke sekolah untuk menyiapkan projek yang diberi guru. Siap maklumkan semua rakan-rakan anaknya sudah berada di sekolah, menunggu anaknya sahaja. Projek itu pula perlu dihantar esok. 


"Fuh! Berdebar baca WhatsApp tu. Mujur si ayah ini bijak dan tidak melatah. Dia terus menghubungi guru kelas dan bertanya mengenai hal itu. Rupa-rupanya itu semua hanya rekaan penjahat sahaja. 



"Setelah diperiksa, nombor yang sama digunakan 'guru kelas' menyamar menjadi abang saudara dan nombor yang sama menyamar menjadi guru kelas. Ini nombornya, 018-2219140. Nah link untuk WhatsApp penjahat ini - www.wasap.my/60182219140," tulisnya. 


Sumber: Mohd Fadli Salleh



from The Reporter https://ift.tt/2PQyY2a
via IFTTT