(Video) 'Dah rupa macam ulat taik, jangan mimpi SOP akan terjaga' - Penerbit drama selar segelintir masyarakat yang hipokrit kecam artis, ahli politik, instafemes


Sejak kebelakangan ini, selebriti, instafamous dan orang kenamaan seringkali dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama 'P' ataupun 'B', sehingga dikecam teruk masyarakat. 


Bagi masyarakat, golongan ini sepatutnya menunjukkan kelakuan yang baik agar dapat dijadikan contoh kepada masyarakat. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. 


Di ketika masyarakat mengecam golongan ini, siapa sangka dalam keghairahan mengecam itu ada juga yang hipokrit, bak kata pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat. 


Semalam, pengasas syarikat penerbitan Radius One itu melalui Instagramnya menempelak sebahagian masyarakat yang didakwanya hipokrit kerana hanya pandai memaki dan mencerca golongan 'kayangan' melanggar SOP, sedangkan sebahagian dari mereka sendiri juga berbuat demikian. 


"Kita adalah sebahagian masyarakat yang hipokrit. Kalau artis, selebriti, ahli politik, instafamous langgar SOP, sampai ke lubang cacing kita dok kutuk, maki dan cerca. Tapi bila kita yang buat? Apooo! 


"Kalau macam ini punya ramai manusia, dah rupa macam ulat taik. Jangan mimpi SOP akan terjaga, memang taklah," katanya merujuk pada video yang dikongsikan. 


"Kalau ikutkan rasa kecewa saya ini, saya sebenarnya setuju sangat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula, no mercy. 


"Baiklah kerajaan bertegas, tiada gunanya kalau ada perintah darurat jika rakyat masih tidak faham akan realiti sebenar. Rakyat kita tamak, mereka nak kerajaan faham akan kesusahan mereka gara-gara pandemik. Tetapi apabila kerajaan cuba memberi kelonggaran seperti ini, inilah balasan yang kerajaan dapat. 


"So tutup sajalah segala bazaar bagai itu. No wedding, no gathering, no raya, no merentas daerah atau negeri. Even no shooting! Buat macam Wuhan terus. Kurung kita semua yang degil ini. 


"Sakit memang sakit tetapi kalau dah degil sangat, itu saja ubatnya. Atau mungkin kerajaan buat semula restriction broder bagai. No PKP, no SOP, no social distancing, no vaccination program. Biar diorang semua kena Covid. 


"Kalau terkena Covid, lantakkan saja diorang macam tu saja. Frontliner tak payah buat apa-apa. Paling-paling bagi saja panadol. Nak mati ke, nak hidup ke lepas tu suka hati dioranglah. Makin dilarang, makin dipesan makin bodoh jadinya. Seorang-seorang tak bersalah. 


"Kita ingat kita ini kebal ke? Kita tak terfikir ke disebabkan kedegilan kita selang dua minggu dari sekarang akan ada yang mati kerana Covid? Mungkin parents kita, mungkin anak kita atau silap-silap kita sendiri yang mati hanya kerana kemaruk nak berbazaar ramadan. Sia-sia saja mati disebabkan kedegilan kita. Our ignorance. 


"Sorry, saya give up dah dengan perangai orang kita. Lantak koranglah kalau nak mampos kerana Covid sekalipun. Aku dah tak nak rasa kesian lagi dah. Tahun lepas tak ada bazaar elok je hidup kita. Boleh juga beraya, boleh pula kita shopping online. Tahun ini dah tak boleh? Dah tak reti nak practicekan new norma?" katanya. 



Kenyataan Shahrulezad itu turut disokong oleh netizen termasuk rakan-rakan artis sendiri seperti Rita Rudaini dan Nad Zainal.


"Pulun apa pun tak tau. Kes 300 takut nak keluar, sunyi sepi macam pekan zombie. Kes 3,000 ramai pula keluar macam tak ada apa-apa. Lepas tu kalau artis keluar pergi shooting tunjuk gambar shooting, kutuk tak pakai masklah, tak ada SOP lah. Yang depa? Keluar sanggup beratur hanya unuk sekeping roti johnlah, roti boomlah, tak apa pulak?" tulis Rita Rudaini. 


"Semalam kan sebenarnya dah rasa semak perut bila atas stage tengok berduyun crowd. Bila tak ada orang datang shop, sedih. Tetapi bila ramai, takut. Nanad rasa lagi takut bila orang ramai. Stay safe semua," tulis Nad Zainal.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hujung minggu lalu dilaporkan telah mencadangkan pelaksanaan semula PKP di beberapa negeri dan wilayah yang mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19. Perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. 


Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin



from The Reporter https://ift.tt/3ug6XzT
via IFTTT