Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang mencampak 1,000 ekor lipas di sebuah restoran di Taiwan.
Polis percaya, serangan yang berlaku di premis G House Taipei pada Isnin lalu didalangi organisasi jenayah yang mahu mengambil tindakan terhadap individu yang berdegil untuk melangsaikan hutang.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didedahkan pihak Polis Taipei menunjukkan dua suspek berpakaian hitam berlari masuk ke dalam premis itu sebelum mencampak sejumlah besar lipas itu dan terus melarikan diri.
Komisioner Polis Taipei, Chen Jia-chang berkata, insiden itu dilihat lebih menyasarkan pemilik restoran itu yang dipercayai berhutang dengan persatuan kongsi gelap. Perbuatan seperti itu katanya adalah merupakan satu kesalahan boleh dikenakan hukuman.
Tambahnya, lipas yang dicampak merupakan lipas bersaiz kecil yang kebiasaannya digunakan untuk diberi makan kepada ikan.
Susulan serangan itu, pemilik restoran memaklumkan premisnya akan menjalani pembersihan sepenuhnya. Empat suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam serangan itu telah direman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3tl4Nh5
via IFTTT