Remaja perempuan dirogol sepupu 3 kali sehingga melahirkan bayi


Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berusia 13 tahun tiba-tiba melahirkan anak di kediaman mereka di Kota Belud, Sabah, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, wanita itu terjaga dari tidurnya pada jam 3 pagi dan mendapati anaknya sedang membersihkan bayi perempuan. 


Si ibu tidak menyedari anaknya mengandung kerana saiz perutnya yang kecil. Dia kemudian membawa anak dan 'cucunya' itu ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan lanjut. 


Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai pernah dirogol oleh sepupunya sendiri yang bersuai 14 tahun. Kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali sejak Ogos 2020. 


Susulan itu, suspek telah ditahan petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk membantu siasatan. Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2STaruO
via IFTTT