'Semasa berada di bilik itu, suspek kata bahawa kesnya boleh selesai sekiranya...' - Janda anak dua dakwa dirinya dirogol pegawai polis di bilik IPD Kota Bharu


Seorang pegawai polis yang disyaki merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu lalu, telah ditahan.


Lapor Harian Metro, suspek berusia 29 tahun terbabit adalah pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada jam 3 petang, semasa mangsa berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan. 


Semasa berada di dalam bilik, suspek dikatakan telah membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral, selain melakukan hubungan intim dengan mangsa. 


Difahamkan, mangsa berstatus janda dan mempunyai dua anak itu ditahan bersama dengan bekas suaminya setelah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, pada Jumaat lalu. Kedua-dua mereka direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama seminggu sehingga Jumaat ini.


Hasil serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ABD 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952. 


Menurut mangsa, semasa berada dalam bilik tersebut, suspek mengatakan kesnya boleh diselesaikan sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan. 


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, mengesahkan kejadian itu. Suspek telah direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro




from The Reporter https://ift.tt/3w2YX6e
via IFTTT