Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan polis selepas cubaannya untuk melarikan diri daripada diperiksa polis, menemui kegagalan.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku berhampiran Kondominium E Park, Batu Uban, Pulau Pinang pada pagi tadi. Suspek yang memandu kereta Perodua Myvi dikatakan melarikan diri dari Jalan Perak sehingga Batu Uban sebelum keretanya berjaya dihentikan.
Difahamkan, suspek yang melarikan diri memandu secara berbahaya sehingga merempuh orang awam yang menyebabkan mangsa meninggal dunia. Polis juga dikatakan terpaksa melepaskan tembakan untuk menghentikan kereta suspek.
Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Ketika ditahan, turut ditemui empat buah telefon bimbit, buku tiga lima dan beberapa bungkusan plastik lutsinar yang tidak diketahui isi kandungannya.
Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian menunjukkan sekumpulan anggota polis sedang berusaha menangkap suspek dan meminta orang awam yang melalui jalan tersebut untuk berundur bagi tujuan keselamatan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3zpW1CN
via IFTTT