Bayi berusia setahun dipenggal bapa tirinya tanpa sebab & mayat dibuang dalam hutan


Seorang lelaki tergamak membunuh bayi perempuan berusia satu tahun, dengan menggunakan parang. Akibat dari perbuatannya itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 54 tahun. Namun peguamnya mengatakan hukuman yang dikenakan itu terlalu keras. 


Mahkamah di Brazil baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 54 tahun terhadap Diogo da Silva Leite selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh, menyembunyikan mayat Maria Clara dan membuat laporan palsu pada Oktober 2020. 


Peguamnya, Helio Barbosa mengecam keputusan itu yang dianggapnya tidak munasabah dan terlalu keras. 


Mengikut pertuduhan, 13 Oktober 2020, Leite membawa anak tirinya berjalan-jalan sebelum pulang bersendirian. Dia kemudian memberitahu ibu mangsa yang bayi itu telah diculik. Polis curiga dengan keterangan Leite sejak dari awal lagi terutamanya dia hanya membuat laporan selepas enam jam kehilangan bayi itu. 


Polis kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan di mana kejadian penculikan itu didakwa berlaku, namun tiada sebarang petunjuk yang ditemui. 


Setelah disiasat dan didesak berkali-kali, akhirnya Leite mengaku yang dia telah membunuh mangsa dengan cara yang mengerikan. Dalam keterangannya kepada polis, Leite memaklumkan dia memenggal kepala Clara menggunakan parang dan mayatnya dibuang di hutan berhampiran bandar Taubate. 


Bertindak di atas maklumat itu, polis pergi ke lokasi tersebut dan menemui badan mangsa dalam keadaan tidak berpakaian. Leite juga tidak memaklumkan apa motifnya berbuat demikian. 


Menurut dokumen mahkamah, keluarga itu pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa atas dakwaan menganiaya kanak-kanak sebelum ini di mana Clara dan dua saudaranya menjadi mangsa penganiayaan. 


Kes itu mengundang kemarahan warga setempat sehingga bertindak membakar rumah yang menjadi tempat tinggal Leite bersama ibu mangsa. 


Sumber: Metro UK



from The Reporter https://ift.tt/3CIFCuK
via IFTTT