Bapa temui anak lemas di dalam kolam renang sedalam 0.6 meter


Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas dalam kolam renang berhampiran rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. 


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi Sabtu, mangsa, Rayyan Mikhail Azmi, 1, didapati lemas dan diberi rawatan awal. 


Bagaimanapun, keadaan mangsa yang tidak stabil menyebabkan dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. Malangnya, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 2.30 pagi Ahad. 


Difahamkan, bapa mangsa menyedari anaknya lemas dalam kolam selepas mendapati kanak-kanak itu tiada dalam rumah. Dia kemudian menemui anaknya dalam keadaan tersemban di dalam kolam sedalam 0.6 meter, lalu segera membawa mangsa ke hospital. 


Mayat mangsa akan dibedah siasat di HRPB bagi mengetahui punca sebenar kematian. Polis juga akan membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat insiden tersebut. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3CW5jI1
via IFTTT