Curang, isteri upah 6 lelaki tikam suaminya bertubi-tubi sampai mati di depan rumah


Seorang pengusaha restoran berusia 54 tahun di Padang, Kerawang, Indonesia, ditemui mati dibunuh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang diupah oleh isteri mangsa sendiri, berusia 49 tahun. Video penemuan mayat mangsa juga sempat viral di media sosial.


Empat suspek lelaki telah berjaya ditahan polis, manakala dua lagi suspek sedang giat kesan. Suspek utama iaitu isteri mangsa ketika disoal siasat mengaku merancang untuk membunuh suaminya sendiri kerana berang mangsa curang di belakangnya.


"Motifnya kerana sakit hati. Mangsa juga selalu meminta wang, selain ada perempuan simpanan," kata Ketua Polis Kerawang, Aldi Subartono. 


Jelasnya, suspek wanita meminta salah seorang suspek mencari beberapa lagi lelaki yang sanggup menjayakan perancangannya untuk membunuh mangsa. Perancangan pembunuhan itu telah dirancang selama tiga bulan yang membabitkan enam orang suspek lelaki.


Sebelum meragut nyawa lelaki berkenaan, kesemua suspek dikatakan telah mengekori mangsa sejak jam 8 malam Rabu, 27 Oktober 2021, sebelum bertindak membunuhnya pada jam 11.49 malam di hadapan rumah pasangan itu.


Anak mangsa, Rizca Putri, 21, terdengar jeritan meminta tolong lalu bergegas keluar rumah dan terdengar suara enjin motosikal memecut laju sebelum mendapati bapanya terbaring berlumuran darah akibat ditikam. Rizca sempat meminta pertolongan dari jiran untuk menghantar bapanya ke hospital. Malangnya, malang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Ada lima kesan tikaman dan tusukan yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian iaitu tikaman di bahagian kepala, dada, leher, pinggan dan tangan," katanya. 


Kesemua suspek akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama 20 tahun. 


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/3EPXMuT
via IFTTT