'Saya dah agak akan dibuang kerja' - Pekerja Amazon dipecat selepas viral video perempuan keluar dari pintu belakang van syarikat


Seorang penghantar barang Amazon dipecat susulan video viral di media sosial menunjukkan kelibat seorang wanita keluar dari pintu belakang van milik syarikat itu.


Tywan George berkata, dia hanya melakukan apa yang lelaki lain di Amerika akan lakukan jika berada dalam situasinya, termasuk meluangkan masa bersama pasangannya di dalam van milik syarikat tempatnya bekerja. 


Apabila diminta untuk menjelaskan lebih lanjut apa yang dilakukan dalam van, George hanya menjawab, "Saya buat kerja menghantar barang pelanggan, itu yang sebenarnya saya tengah lakukan," katanya. 


Lelaki berasal dari Tampa, Florida berkenaan dipecat bulan lalu setelah rakaman video orang awam itu menunjukkan seorang wanita berpakaian ketat berwarna hitam keluar dari pintu belakang van Amazon.


Difahamkan, video tersebut dirakam pada bulan Jun dan dimuat naik ke laman TikTok pada Oktober lalu.


Jurucakap syarikat berkenaan dalam temubual bersama TMZ berkata, pekerja terbabit tidak mematuhi peraturan kerja dengan membenarkan orang yang tidak sepatutnya memasuki kenderaan syarikat. Perbuatan itu jelas sekali melanggar polisi Amazon dan pekerja itu tidak lagi menghantar barang kepada pelanggan Amazon. 



Sementara itu, George kesal orang awam melemparkan dakwaan yang tidak benar mengenai dirinya dalam video viral itu dan dia sudah menjangka kerjayanya akan musnah selepas mengetahui video tersebut viral, kerana polisi kerja di Amazon adalah sangat tegas.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3woaHRP
via IFTTT