'Saya tak tahu kenapa dia tindih saya' - Kesal diintai semasa mandi, lelaki tolak rakannya dari tingkat 6 bilik hotel
Polis menerima panggilan kecemasan dari pihak hotel yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah hotel.
Ketua Polis Daerah Semarang, Irwan Anwar berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 malam Ahad di sebuah bilik hotel di Candisari Kota Semarang, Indonesia.
Berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian dan keterangan dari saksi, mangsa tidak terjatuh, tetapi ditolak oleh seseorang yang dipercayai rakannya dari ketinggian enam tingkat.
Susulan penemuan mayat itu, polis juga telah menahan seorang suspek berusia 23 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.
Siasatan awal mendapati, suspek, mangsa dan dua lagi rakan sekerja sebelum itu sedang minum minuman keras, tidak jauh dari sebuah hotel.
Mereka kemudian pergi ke bilik hotel bernombor 602. Suspek berkata, semasa dia sedang mandi, mangsa telah mengintainya dan hal itu membuatkan dia berasa kurang selesa.
Selepas keluar dari bilik mandi, mangsa dikatakan sempat menindih suspek tetapi dielak dan menolak badan mangsa ke arah tingkap lalu terjatuh dari tingkat enam.
"Saya tidak tahu kenapa dia menindih badan saya. Tetapi sebelum itu, kami sempat bertengkar. Tiada hubungan sejenis, dia (mangsa) pun ada teman wanita," katanya.
Sumber: Indo Zone
from The Reporter https://ift.tt/3HhN0Q0
via IFTTT