'Aku bunuh kau kalau tak nak kahwin dengan aku!' - Bengang lamaran ditolak, lelaki tikam gadis Syria sebanyak 15 kali


Seorang wanita Syria berusia 27 tahun dilaporkan maut selepas ditikam sebanyak 15 kali oleh lelaki berusia 34 tahun kerana berang mangsa enggan berkahwin dengannya.


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di belakang badan, dada dan leher, berhampiran stesen bas di kawasan kejiranan Ashrafieh, Amman, Jordan. 


Suspek bagaimanapun berjaya ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui. Siasatan awal mendapati, suspek sebelum itu mengaku ada bercakap dan mengugut mahu membunuh mangsa jika dia enggan mengahwininya. 


Suspek juga menyerang mangsa menggunakan senjata tajam yang menyebabkan luka parah di bahagian tangan.


"Kalau kau tak diam, aku serang keluarga kau!" kata suspek. 


Pada hari kejadian, suspek dipercayai telah menunggu mangsa keluar dari rumah. Sebaik sahaja mangsa keluar, suspek terus menyerang mangsa dengan ganas sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 


Kes pembunuhan itu telah mengundang kemarahan netizen di media sosial. Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap suspek, setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. 


Sumber: Gulf News



from The Reporter https://ift.tt/3oOJQME
via IFTTT