Seorang pekerja kilang di Thailand didakwa telah membakar gudang minyak tempatnya bekerja sehingga meletup kerana bengang dengan majikannya.
Perbuatan Ann Sriya, 38, sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia menyalakan api pada kertas yang dipegang sebelum dibuang ke dalam bekas bahan api di Gudang Minyak Prapakorn di Wilayah Nakhon Pathom, Bangkok pada 29 November lalu.
Gudang yang dipenuhi dengan beribu-ribu gelen minyak itu kemudian meletup dan terbakar menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian lebih dari 40 juta Baht (RM5 juta).
Ekoran kejadian itu, Sriya telah ditahan di kediamannya di daerah Sam Phran. Dalam keterangannya kepada polis, Sriya mengaku melakukan perbuatan khianat itu yang juga telah mencederakan dirinya sendiri.
"Dia berkata, majikan selalu membuat teguran terhadapnya menyebabkan dia berasa tertekan setiap hari. Namun dia tidak menyangka tindakannya mencetuskan kebakaran itu telah menyebabkan kemusnahan yang amat dahsyat.
Difahamkan, Sriya telah bekerja dengan syarikat minyak berkenaan selama sembilan tahun dan disebabkan kerap menerima tekanan dari majikannya, Pipat Ungprapakorn, 65, mendorong dia melakukan perbuatan khianat tersebut.
Lebih 40 jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal api kebakaran. Sriya masih ditahan polis untuk membantu siasatan.
Sumber: Newsflare
from The Reporter https://ift.tt/3s0o2j4
via IFTTT