'Maaf, saya tak kenal siapa dia' - Iqbal kena friendzone, Rossa hanya anggap dia sebagai peminat


28 November 2021, usahawan yang pernah menjalinkan hubungan dengan Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli, memuat gambar dirinya bersama penyanyi Indonesia, Rossa dengan kapsyen yang mengundang gosip di kalangan netizen. 


"Hari ini, orang pertama yang saya ketemu di Indonesia, Rossa. Semoga ada kebaikan. Mohon doa dan kata-kata yang baik saja ya. Ada mau ucapkan di sini?" tulisnya. 



Tidak dinafikan ramai yang mendoakan usaha lelaki itu mendekati Rossa berjaya dan dipermudahkan urusan. Namun begitu, reaksi Rossa dalam laporan Harian Metro pada Isnin, berlainan pula nadanya. 


"Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?" demikian reaksi spontan Rossa ketika ditanya mengenai Iqbal yang cuba mendekatinya. 


Berkata kepada media, Rossa, 43, berkata, dia tidak mengenali Iqbal, apatah lagi mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Tetapi tidak menafikan yang sebelum ini dia sememangnya ada bertemu dengan seseorang dari Malaysia yang meminta untuk bergambar dengannya. 


"Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (hari kejadian) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama. 


"Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun kerana saya fikirkan dia hanya peminat.


"Kalau sekadar mahu berkenalan, tidak apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga. 


"Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya. Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen bagaikan tidak percaya dengan kenyataan Rossa yang menyatakan dia tidak mengenal Iqbal. 


"Gila Rossa tak kenal?! Dia ni orang terpaling kaya campak-campak duit," kata Ihsan. 


"Selepas ini Iqbal akan lari ke negara Uganda pula sebab kesedihan dan membawa diri semula. Semua ini dah dirancang, cuma Iqbal saja yang lalai," kata Amiruddin Amier. 


Sumber: Harian Metro, FB Iqbal



from The Reporter https://ift.tt/3GBKyCW
via IFTTT