'Tolonglah faham perasaan saya' - Isteri tuntut cerai, bengang suami hanya pakai seluar dalam di rumah sepanjang masa
Seorang wanita muda Mesir menuntut cerai, dua bulan selepas berkahwin kerana tidak selesa dengan sikap suaminya yang suka berjalan-jalan di dalam rumah dengan hanya memakai seluar dalam, lapor media Mesir.
Terdahulu wanita berkenaan meminta suaminya menjaga maruah dan memahami perasaannya yang belum dapat menerima 'pemandangan' seperti itu.
"Saya berkata kepada dia yang saya memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri menerima semua ini dan mengatasi perasaan malu, tetapi tidak berjaya," katanya.
Lelaki berkenaan enggan menuruti permintaan isterinya dan memberitahu, "Saya berada di rumah saya sendiri dan saya selesa dengan diri saya. Bagi saya, memakai pakaian minimum adalah satu keselesaan.".
Kemuncaknya, si suami meminta isterinya pulang ke rumah ibu bapanya dan mengambil ruang untuk berfikir serta membuat keputusan.
"Saya pulang ke rumah keluarga saya dan menunggu dia menghubungi atau bertanya khabar tentang saya. Tetapi dia tidak pernah menghubungi saya lagi selepas itu. Sikap dia itu mendorong saya memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah," kata wanita berkenaan.
Difahamkan, pihak mahkamah masih meneliti kes tuntutan perceraian pasangan itu.
Sumber: Gulf News
from The Reporter https://ift.tt/3EMX7uA
via IFTTT