'Dia memalukan keluarga!' - Wanita transgender mati ditembak, ahli keluarga gembira siap beritahu polis lokasi mayatnya


Seorang lelaki Iraq nekad menembak mati saudara kandungnya yang berusia 23 tahun kerana menjalani pembedahan menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. 


Polis Dohuk di wilayah Kurdistan, Iraq mengesahkan Doski Azad yang bekerja sebagai jurusolek telah dibunuh oleh abangnya yang telah lama menghilang, Chakdar Azad, tidak beberapa lama selepas mangsa memuat naik gambar penampilan barunya di media sosial. 


Polis Dohuk berkata, mayat Doski Azad ditemui berhampiran kampung Babukhki. Mangsa dikatakan telah berkongsi mengenai pertukaran jantina yang dilakukannya, di media sosial yang mengundang perhatian warga maya. 


Polis hanya mengetahui tentang kematian Doski Azad selepas tiga hari kemudian, setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai abang mangsa. Tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai telah melarikan diri dari Iraq. 


Difahamkan, Doski Azad telah meninggalkan keluarganya sejak lima tahun lalu setelah menerima pelbagai ugutan daripada keluarganya disebabkan identitinya itu, walaupun telah membina kehidupan sendiri sebagai seorang wanita dan bekerja di salon. 


Pengarah Daerah, Brendar Doski berkata, keluarga Doski Azad 'gembira' dengan kejadian itu dan memaklumkan kepada polis bahawa mereka telah membunuh mangsa dan juga memberikan lokasi mayat mangsa. 


Sumber: Gulf News



from The Reporter https://ift.tt/xmW7U0r
via IFTTT