Harga rumah yang saban tahun meningkat bagaikan tiada hari esok menyebabkan ramai yang tidak berkemampuan membeli rumah dan terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat.
Menurut Pakar Kewangan Pengguna, Prosefor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, harga rumah di negara ini secara purata meningkat 10 hingga 20 peratus setiap tahun. Peningkatan yang tidak setara dengan pendapatan ini dilihat menyukarkan golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah.
"Ini (pemilikan rumah) satu cabaran yang kalau orang tidak ada duit dan tidak mampu hadapi untuk memiliki rumah. Perbelanjaan ini besar dan kena ingat, ia bukan dalam tempoh satu tahun, tetapi mencecah 30 hingga 35 tahun dan ia satu komitmen panjang.
"Jadi, bila pendapatan tidak cukup maka makin lama umur makin lanjut. Harga rumah pula makin mahal dan kita akan terus tidak mampu nak memiliki rumah," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Selain itu, tahap pengetahuan dan kesedaran yang rendah mengenai proses pemilikan rumah turut menjadi sebab ramai individu dalam golongan tersebut masih tidak memiliki kediaman sendiri.
Ini berlaku kerana pembelian rumah melibatkan proses yang rumit, termasuk penyediaan wang pendahuluan, pemprosesan dokumen dan perkhidmatan peguam yang akan membabitkan penambahan kos.
"Kalau kita dapat pinjaman 100 peratus, tidak apa. Tapi kalau tidak pastinya mereka kena bagi wang pendahuluan 10 peratus. Kalau harga rumah RM300,000, jadi mereka perlu ada duit sekurang-kurangnya RM30,000.
"Tapi kalau dia tidak ada persiapan kewangan yang baik, macam mana? Itu belum lagi kira kos duti setem, bayaran peguam dan pelbagai lagi yang kalau dikumpulkan memerlukan lebih kurang RM10,000," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/FEm89bg rumah meningkat setiap tahun susah golongan B40 dan M40 nak beli rumah.html
via IFTTT