Ibu tikam anak perempuan berusia 3 tahun sampai mati sebab Spongebob yang suruh


Seorang wanita yang berhalusinasi di bawah pengaruh dadah jenis heroin telah menikam anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga mati, selepas diarahkan berbuat demikian oleh 'Spongebob SquarePants'. 


Justine Johnson, 22, berkata, watak siri animasi itu memberitahu bahwa dia akan mati sekiranya dia tidak mengikut arahannya untuk membunuh mangsa, Sutton Mosser. 


Johnson dituduh menikam Mosser beberapa kali pada 16 September, hanya dua hari selepas mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Johnson yang telah mengambil dadah selama beberapa minggu, kemudian memasukkan mayat mangsa ke dalam plastik sampah berwarna hitam. 


Seorang penyiasat Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak, Ryan Eberline berkata, Johnson mengakui dia mengalami halusinasi akibat pengambilan dadah yang menyebabkan dia tidak tidur lebih kurang dua minggu. Malah dia tidak mampu mengingati apa yang berlaku pada Mosser ketika itu.


"Ketika berhalusinasi, dia mendakwa Spongebob di kaca TV telah mengarahkan dia untuk membunuh mangsa. Jika tidak, dia yang akan dibunuh. Hal itu membuatkan dia berasa takut," kata Eberline. 


Sebelum hari kejadian, Johnson keluar dari rumah pada 1 Oktober untuk pergi ke rumah ibunya dan kemudian pengsan di tanah perkuburan berdekatan. Apabila Johnson pulang semula ke rumah, dia cuba membunuh diri sebelum menikam mangsa. 


Johnson telah disoal oleh adik lelakinya yang berusia 17 tahun tentang keberadaan mangsa. Tetapi Johnson membalas, "jaga tepi kain sendiri". Tidak beberapa kemudian, remaja itu menemui plastik sampah dan kelihatan kaki kanak-kanak terkeluar plastik tersebut. Takut melihat penemuan itu, remaja berkenaan terus memaklumkan kepada abang lalu menghubungi polis. 


Pemeriksaan di lokasi menemui kesan darah di pintu almari, sofa dan di dalam bilik tidur. Turut ditemui, tiga bilah pisau di dalam bilik tersebut.


Mayat mangsa yang ditemui juga mempunyai kesan tikaman di bahagian leher, perut dan dada. Mayat itu dibalut dengan selimut dan disumbat dalam plastik sampah bersama dengan seluar jeans yang berlumuran darah. 


Johnson yang berasal dari Perbandaran Oscada, Michigan telah didakwa melakukan pembunuhan kejam dan mendera kanak-kanak. Dia telah ditahan di penjara tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah pada 28 Februari.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/Ft0eHPr
via IFTTT