'Keengganan orang Melayu benarkan anak divaksin sangat tinggi, mereka lebih percayakan Illuminati' - Khairy


Setakat ini hanya 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). 


Selain itu, bilangan kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan golongan kanak-kanak juga dilaporkan meningkat 160 peratus. Sebanyak 4,242 kes daripada 6.524 kes membabitkan usia lima tahun dan ke atas. Manakala 2,282 kes membabitkan bayi baru lahir hingga umur empat tahun. 


Bagi merancakkan lagi PICKids, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah meminta pakar perubatan dalam bidang masing-masing untuk selalu tampil di media sosial untuk menjawab dan mematahkan kumpulan penentang vaksinasi. 


Pada waktu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa berdepan dengan cabaran besar yang membabitkan sikap segelintir masyarakat Melayu yang lebih mempercayai pihak lain yang tidak bertauliah berbanding pakar perubatan, menjadi punca mereka menolak pengambil vaksin Covid-19 tanpa alasan kukuh. 


Kenyataan itu juga dibuat berdasarkan pemerhatian KKM yang melihat terdapat perbezaan ketara apabila satu kaum menunjukkan bilangan penerima pelalian yang tinggi, manakala satu lagi kaum menunjukkan angka yang rendah. 


"Apa yang kita tahu sekarang ini, keengganan menerima dos pengalak atau menyertai PICKids dalam kalangan masyarakat Melayu amat tinggi. 


"Berikutan itu, usaha untuk melaksanakan sesi penerangan 'engagement' dan usaha menjawab satu persatu isu tular dalam kalangan masyarakat Melayu mestilah dipertingkatkan. 


"Bagaimanapun, ini adalah cabaran besar. Tetapi kita cuba juga kerana Melayu percaya Illuminati. Mereka (antivaksin) sangat rajin dan berjaya menakutkan orang lain jadi usaha untuk mengatasi pandangan tidak berasaskan sains ini akan diperhebatkan," katanya dalam sidang media yang diadakan petang semalam. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/nj8GJct
via IFTTT