'Korang mesti suka, TMJ tak jadi bersara' - JDT berjaya tewaskan KL City FC


Beberapa hari lalu, pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan yang mengejutkan banyak pihak bahawa baginda akan mengundurkan diri sekiranya pasukan JDT tewas kepada pasukan KL City FC buat kali kedua.


Tunku Ismail berkata, bagina akan mengundurkan diri sepenuhnya dari semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan tersebut sekiranya JDT tewas, sekali gus melepaskan tampuk kepimpinan Harimau Selatan. 


Namun begitu, ada netizen yang berpendapat bahawa kenyataan itu dibuat kerana Tunku Mahkota Johor mahu memberi semangat keyakinan kepada pasukannya agar berjuang berhabis-habisan pada perlawanan itu. 


Bagaimanapun dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim semalam, JDT berjaya menjinakkan KL City FC  pada perlawanan Sumbangsih dengan keputusan 3-0. Kejayaan itu menjadikan skuad Harimau Selatan itu menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut. 


Dengan menggunakan formasi 3-4-3 seperti aksi final Piala Malaysia musim lalu, JDT tampak menguasai perlawanan apabila kerap mengasak ke kubu KL City FC.


Kemenangan itu sudah pasti melegakan pasukan JDT dan penyokongnya kerana Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan bersara seperti yang diumumkan sebelum ini. 


Sumber: Berita Harian 



from The Reporter https://ift.tt/cHfGdzh
via IFTTT