Najib nafi cuba melobi untuk dapatkan perkerjaan bagi 3 anaknya di Goldman Sachs, Nooryana akui Tim Leissner bantu dapatkan perkerjaan di TPG


Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs yang mengatakan dia cuba melobi jawatan dalam bank antarabangsa tersebut untuk tiga anaknya. 


Najib menjelaskan, Tim Leissner hanya pernah membantu anak perempuannya bekerja di syarikat TPG Capital Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs. 


"Anak saya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan dengan jawatan junior di situ. Saya pelik kenapa media mempermainkan isu perkerjaan bagi anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam termasuk tuduhan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 1MDB. 


"Ia memindahkan dana sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada syarikat PetroSaudi yang Good Star diberi secara serta-merta sebab suami kepada Gabenor BNM ketika itu sudah disogok. 


"Yang ini media tak mahu lapor ke?" katanya. 


Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib mengesahkan bahawa dia pernah mencuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs dna mengakui pernah bertemu dengan dua bekas pekerja Goldman Sachs iaitu Tim Leissner dan Roger Ng. 


"Bagaimanapun saya diberitahu ia akan menjadi konflik kepentingan kerana bank pelaburan itu menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia. 


"Saya berminat dengan Goldman Sachs kerana saya mahukan peranan yang melibatkan kewangan dan kerajaan sejak saya belajar politik antarabangsa dan politik luar di universiti," katanya. 


Berikutan itu, Leissner memperkenalkan kepada sebuah firma ekuiti persendirian, TPG. Dalam tempoh 11 bulan bersama firma itu, dia fokus pada perniagaan sendiri dan melanjutkan pelajaran.


Sumber: The Star, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/Y6D17Ak
via IFTTT