''Saya bangga jadi wanita (copy ori)' - Muhammad Sajjad akui dah tukar jantina kepada wanita secara sah
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang diburu pihak berkuasa Malaysia dilaporkan telah menukar jantinanya kepada wanita di Australia.
Dalam sesi live di Instagram, Muhammad memaklumkan dia telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di negara itu dan berasa seperti baru dilahirkan semula. Malah dia meluahkan rasa gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu sangat mudah.
"Saya gembira sangat, semua dah selesai. Saya tukar 'gender' saya, saya rasa selesa menjadi wanita. Saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang," katanya.
Menurut Muhammad, kini dia boleh menjadi diri sendiri dan bangga menjadi wanita walaupun bukan wanita tulen. Dia berharap orang ramai akan menerima status baharunya itu.
"Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya," katanya.
Ketika disoal netizen apakah dia akan turut menukar namanya, Muhammad menjelaskan dia akan kekal menggunakan nama popularnya Nur Sajat.
Untuk pengetahuan, Muhammad sebelum ini diburu pihak berkuasa Malaysia kerana terbabit dalam dua kes berkaitan menghina agama Islam dan penipuan dokumen kad pengenalan.
Enggan dikenakan tindakan undang-undang, Muhammad melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan pihak Imigresen negara itu pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.
Sumber: Kosmo
from The Reporter https://ift.tt/nutGCbQ
via IFTTT