'Saya gesa cerita seperti ini diboikot, tak sesuai paparkan perlakuan gay pada umum' - Ustazah Asmak Husin
Tayangan drama Suamiku Lelaki Pendosa di slot Samarinda TV3 semakin menarik perhatian ramai yang menontonnya. Para pelakonnya sebelum ini ada yang menjelaskan drama tersebut bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, tetapi akan memberi pengajaran kepada yang berkenaan.
Bagaimanapun, pendakwah agama, Ustazah Asmak Husin berpandangan drama tersebut seperti menormalisasikan budaya LGBT dan perlu diboikot demi kebaikan semua golongan masyarakat.
"Nampaknya drama yang ditayangkan sekarang menjadi buah mulut orang ramai. Kalau dulu watak lelaki lembut, sekarang watak gay yang bercinta ditayangkan. Apa yang kita nak hidang sebenarnya kepada penonton?
"Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana memaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Tambahan pula, akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada pemikiran anak-anak yang menonton," tulisnya.
Walaupun faham akan tujuan pembikinan drama itu untuk menunjukkan realiti sebenar kehidupan, namun babak yang tidak sepatutnya itu telah tular di media sosial dan mendapat reaksi yang tidak diingini.
"Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya adalah untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita tau memberi kesedaran tentang isu ini, tetapi masalahnya sekarang scene bercinta antara gay yang menjadi tular dan mendapat banyak sambutan. 'Defeat the purpose'," jelasnya.
Ustazah Asma bersama kumpulannya terdahulu hadir pada sesi dialog bersama Timbalan Menteri Agama yang membincangkan peranan media dalam mengatasi masalah sosal yang semakin mengakar di negara ini.
Antara isu yang dibangkitkan adalah isu liwat yang kebanyakannya bermula dari sekolah dan asrama, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Bertambah teruk lagi apabila ada stesen televisyen yang menayangkan drama berunsur songsang yang dikhuatiri akan mencetuskan lagi 'kebangkitan' golongan berkenaan.
Menurut Ustazah Asmak, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan negara ini tidak akan sesekali mengiktirafkan LGBT walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak. INi kerana budaya LGBT adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip agama dan budaya.
Justeru, adalah penting media dan pempengaruh (influencer) bersama-sama membantu memberi kesedaran mengenai normalisasi LGBT kepada pengikut masing-masing.
Pandangan pendakwaah berkenaan turut disokong netizen.
"Saya pun tak suka cerita ini walaupun hanya sekadar lakonan. Tetapi anak-anak ada yang menonton dan pasti tertanya-tanya. Walaupun kita pasti di penghujung penceritaan, masing-masing akan insaf dengan perbuatan dan dosa yang telah mereka lakukan, akan tetapi adegan yang dipaparkan sekarang memang keterlaluan. Saya harap drama sampah seperti ini dapat diharamkan dari terus ditayangkan demi generasi akan datang," kata Zaiton Mohd Ali.
"Pengarah nak kumpul rating ke buat cerita masukkan unsur-unsur yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi agama Islam? Please la, kalau dah tahu Islam jangan nak cuba-cuba buat atau selitkan juga. Sibuk juga nak mengikut budaya negara barat. Boikot cerita macam ni. Suarakan pada pihak yang ada kuasa untuk beritahu bahawa benda-benda seperti ini tidak patut dilakukan. Inilah jarum-jarm dia masukkan sikit-sikit," kata Azreen.
Sumber: Facebook Ustazah Asmak Husin
from The Reporter https://ift.tt/kFopaUG
via IFTTT