'Saya minta maaf, tak sangka viral... kami dah bayar ganti rugi' - Pelajar salahguna alat pemadam api tampil mohon maaf
Susulan tular video menunjukkan tiga pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api sebagai alat mainan, salah seorang dari remaja berkenaan tampil membuat permohonan maaf.
Remaja yang tidak didedahkan namanya itu menjelaskan, kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam pada tahun lalu ketika mereka tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya ingin minta maaf atas kesilapan saya post video yang memberi kesan buruk pada pelajar sekolah lain. Saya juga memohon maaf pada semua ibu bapa di luar sana, guru-guru, rakan-rakan dan keluarga atas sebab mengaibkan, dedngan kelakuan buruk kami yang secara langsung telah mencemarkan nama sekolah," katanya.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh dirinya sendiri untuk mengenang zaman kenakalan di sekolah. Tetapi tidak menyangka video itu mengundang respon negatif dari netizen.
"Sejujurnya saya tiada niat ingin banggakan diri. Hanya tujuan ingin mengenang zaman kenakalan di sekolah. Video ini dirakam pada tahun 2020 ketika kami tamat pengajian SPM. Tak sangka telah viral.
"Saya mengaku perbuatan saya dan rakan-rakan lain adalah salah. Kami telahpun dikenakan hukuman tatatertib dan telah membayar ganti rugi atas apa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, remaja berkenaan meminta netizen berhenti melemparkan komen-komen buruk terhadap ibu bapanya yang tiada kaitan dengan perkara itu.
"Kepada netizen yang komen buruk tentang ibu dan bapa saya, kawan-kawan dan juga sekolah saya, harap anda semua tidak lagi mengatakan hal-hal yagn tidak sepatutnya kerana kesalahan saya buat adalah atas diri sendiri. Saya harap semua orang dapat memaafkan saya," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/1wAvcDi
via IFTTT