Syarikat tempatan hasilkan lampin pakai buang & tuala wanita halal pertama di dunia & diiktiraf oleh JAKIM


Bagi menepati konsep halalan toyyiban, sebuah syarikat tempatan memperkenalkan produk keluaran terbaru iaitu lampin pakai buang bayi dan orang dewasa, serta tuala wanita halal pertama di dunia. 


Produk lampin pakai buang bayi jenama Bae Bae dan tuala wanita Flowra itu dihasilkan oleh syarikat Bio Integrasi Global Sdn Bhd, juga menerima status pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 


Menurut Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Shahrizal Sarip berkata, dua produk tersebut dibuat menggunakan bahan yang bukan sahaja disahkan halal, malah selamat digunakan. 


"Produk Bae Bae adalah direka bagi membolehkan bayi dan kanak-kanak bergerak dengan selesa termasuk bahagian pinggang yang lembut dan nipis. 


"Bagi produk tuala wanita Flowra, ia didatangkan dengan teknologi yang membolehkan penyerapan tanpa kebocoran selain mampu bertahan lebih lama," katanya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3Ptr7YR
via IFTTT