'Tak nak vaksin? Terpulang... Jangan berlagak macam Tuhan' - Uyaina Arshad selar komen golongan Anti-Vax type palatao
Pelakon Uyaina Arshad, 30, baru-baru ini dilaporkan positif Covid-19 dan mengalami gejala teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Suaminya, Raja Syahiran, 29, juga dijangkiti virus tersebut tetapi menjalani kuarantin di rumah.
"Saya kena tahan di wab sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutamanya pada hari kedua dan ketiga. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak, badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas dan demam menggigil.
"Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti vaksin? Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka," katanya yang turut meminta orang ramai mendoakan dia dan suami diberi kesembuhan.
Difahamkan, kenyataan Uyaina tersebut mengundang rasa kurang senang golongan anti-vaksin yang menganggap dia mempromosikan vaksin, kemudian melakukan serangan beramai-ramai di akaun media sosial pelakon itu.
Menyedari banyak komen negatif yang bersifat keterlaluan, Uyaina tampil meminta golongan berkenaan berhenti mengikuti atau menyekat media sosialnya.
"Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan. tetapi tidak untuk kali ini.
"Kalau apa yang saya tulis menyinggungkan anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, unfollow dan block saya. Terima kasih," katanya.
Jelasnya lagi, selain dia dan suami, ahli keluarganya yang lain juga ramai yang dijangkiti serta bertarung nyawa dengan Covid-19.
"Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Dunia ini dah banyak sangat bencana, malapetaka dan benda buruk yang terjadi. Ditambah lagi dengan orang bodoh. Bertambah buruk jadinya dunia ini.
"Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada. Islam mengajar kita untuk mencari ikhtiar dalam apa-apa sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik. You yang buat 'research online' ataupun dengar cakap 'makteh' tak payah nak buat palatao. At least, bukan di 'ruang' saya. I don't need this," katanya.
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
from The Reporter https://ift.tt/ysgJYPR selar golongan anti vaksin kerana berlagak macam tuhan.html
via IFTTT