Foto Malay Mail |
"Jati diri saya adalah jati diri Umno. Siapalah Ismail Sabri tanpa tuan-tuan dan puan-puan," demikian ucap Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung Umno 2021, semalam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno berkata, disebabkan itu beliau tidak akan membiarkan obor perjuangan Umno malap, tetapi terus menyala dan membakar semangat perjuangan bersama.
"Oleh itu, apa saja keputusan kita dalam Kabinet, saya akan pastikan pandangan dan suara Umno diberikan keutamaan, demi menjaga kepentingan rakyat.
"Suka saya tegaskan, saya orang parti! Darah saya darah Umno! Perjuangan saya adalah untuk Umno!" katanya dalam ucapan penggulungan Naib Presiden pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di sini.
Ismail Sabri berkata, beliau tidak mungkin berada di atas pentas Perhimpunan Agung Umno sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri tanpa berkat doa serta sokongan penuh ahli-ahli Umno.
Perhimpunan tahunan parti kali ini merupakan yang pertama selepas Ismail Sabri menerajui kerajaan campuran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada Ogos 2021.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/zTml275
via IFTTT