'Kak, orang kata bodoh tu simpan sikit' - Gadis dikritik netizen kerana nak kongsi ilmu tapi bodohkan orang
Video TikTok Qoalamy |
Di zaman media sosial ini, ramai yang berlumba-lumba menerbitkan video sama ada bagi tujuan mendidik, menghiburkan dan yang sewaktu dengannya. Tidak kurang juga ada yang sanggup menampak diri itu tidak cerdik hanya semata-mata mahukan perhatian.
Sejak dua hari lalu tular video seorang gadis berkongsi ilmu mengenai simbol yang tertera pada papan digital kenderaan menunjukkan arah penutup tangki minyak. Perkongsian itu bertujuan agar pemilik kenderaan atau pengguna memilih pam yang tepat ketika mengisi minyak di stesen pilihan.
Bagaimanapun, awalan videonya menggunakan perkataan 'bodoh' menyebabkan dia dikritik oleh netizen. Akibatnya, video tersebut tidak lagi dianggap sebagai perkongsian berguna dan akhirnya memakan diri disebabkan kesilapan kecil itu.
"Kak, orang kata bodoh tu kena simpan sikit," katanya dalam video tular itu yang membuatkan pemandu Perodua Axia (dipercayai rakannya sendiri) berkenaan tergamam seketika.
@qoalamy I was today years old when... #qoalamy #DuetDenganIkhlas #thinkb4youdo #sayitright #learnontiktok #TikTokGuru #education ♬ Gatal - Janna Nick
"Dik, sekarang ni nak isi minyak tak kisalah belah kiri atau kanan. Mana-mana pam yang ada kosong, isilah di sana. Cepat isi, cepatlah jalan," kata Adzrul.
"Terbalik pula otak saya mentafsir video ini. Dia la simpan sikit itu palui. Saya ni, asal ada pam kosong saya masuk saja," kata Wirdayatie.
"Demi content la budak sekarang ni. Saya mana-mana pun ok. Janji dapat isi minyak," kata Chen.
"Saya suka isi macam ni sebab paip itu jadi lurus. Memang akan parking macam tu. Kenapa nak bodohkan orang? Elok je dia isi," kata Harizal.
"Tak boleh ke isi macam ni? Salah ke? Suami aku kalau petrol pump itu penuh, dia pergi je isi mana-mana pam yang kosong, malas nak tunggu." kata Eyka.
"This is not the way you educate people sis. Geram je aku tengok," kata Nadzy.
Mendidik orang biarlah kena pada caranya. Usah menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya yang akhirnya akan memakan diri di kemudian hari.
Sumber: Tik Tok Qoalamy
from The Reporter https://ift.tt/9oja7vf
via IFTTT