Foto World of Buzz |
Apabila kita terbabit dalam kemalangan, pastinya fikiran menjadi serabut kerana terpaksa mencari sejumlah wang yang banyak untuk membaiki kerosakan yang berlaku. Bertambah malang lagi, sekiranya ada mengambil kesempatan meminta kos ganti rugi yang tinggi.
Baru-baru ini seorang lelaki terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dia nyaris membayar kos ganti rugi yang besar kepada 'mangsa' kemalangan untuk kerosakan kecil. Kemalangan itu dikatakan berlaku pada Rabu, 2 Mac 2022 di Lebuhraya Kesas, ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di mana dia secara tidak sengaja terlanggar sebuah kereta di hadapannya.
"Kemalangan itu berpunca dari kesilapan saya dan saya telah memohon maaf kepadanya. Setelah berbincang secara baik, kami bersetuju menyelesaikan masalah itu sendiri," kata Ben.
Menurut Ben, kereta yang dilanggarnya itu adalah kereta Proton Saga BLM, milik sebuah syarikat dan pemandunya juga telah memaklumkan kepada majikan mengenai kejadian yang tidak diingini itu.
Pada malam hari yang sama, pemandu Saga berkenaan telah menghantar sebut harga bagi membaiki kerosakan kecil itu. Namun apa yang mengejutkan Ben adalah, jumlah bayaran yang diminta tidak masuk akal.
Foto World of Buzz |
Dalam sebut harga tersebut tertera tiga perkara iaitu, but belakang baru (RM480), cat luar dan dalam (RM350) dan upah pekerja (RM180). Jumlah keseluruhannya adalah RM1,010.
Hal itu membuatkan Ben mengambil insiatif untuk mencari maklumat mengenai kenderaan itu dan rupa-rupanya kereta tersebut bukanlah kereta milik syarikat seperti yang didakwa. Bukan itu sahaja, Ben juga mendapati kereta itu mempunyai saman tertunggak berjumlah hampir RM2,000.
Foto World of Buzz |
Foto World of Buzz |
Ben kemudian meminta pemandu Saga memaklumkan kepada 'majikannya' untuk membaiki bahagian yang kemek itu sahaja memandangkan Saga itu hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Ben juga meminta untuk bercakap dengan 'majikannya' tetapi tidak dibenarkan.
"Keputusan boss tetap sama, tak kira siapa pun yang bercakap dengan dia," katanya.
Ben sekali lagi cuba meminta nama syarikat lelaki itu, tetapi tidak diendahkan membuatkan Ben yakin lelaki itu cuba menipunya.
Ben mengambil keputusan untuk tidak membuat bayaran ganti rugi itu seperti yang dinyatakan dalam sebut harga dan kedua-dua mereka tampil membuat laporan polis.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/zR2sent
via IFTTT