'Pelajar itu sendiri tidak setuju video membabitkan pensyarahnya diviralkan'

Gambar hiasan sahaja


Sejak malam tadi, tular di media sosial 'kertas siasatan' berhubung kejadian yang membabitkan pensyarah UiTM dikatakan telah memarahi pelajarnya dan memperlekeh golongan B40. 


Berdasarkan dokumen siasatan tersebut, pelajar berkenaan dikenali sebagai Yusof, mempunyai tiga orang adik beradik. Seperti yang dinyatakan dalam video tular itu, bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya juga masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang. 


Kakaknya pula baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan, manakala adiknya sedang menuntut di UiTM Rembau. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada kuliah minggu ke lapan, semester Oktober 2021 - Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction and Islamic Finance) yang diajar oleh pensyarah berkenaan. 


"Pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus. 


"Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuklah bagi kod kursus BCT633 tersebut," menurut kenyataan dalam siasatan itu. 


Video yang tular itu juga bukan direkod dan disebarkan oleh Yusof, sebaliknya telah dirakam oleh rakannya tanpa pengetahuan pelajar itu sendiri yang kemudian dikongsikan dengan pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial. 


Siasatan juga mendapati, Yusof tidak pernah memohon bantuan wang zakat, tetapi dia memperolehi pinjaman PTPTN. Berhubung dengan penularan video itu, Yusof sendiri tidak bersetuju video itu ditularkan. 


Bagi menjernihkan keadaan, pihak UiTM telah mengaturkan pertemuan di antara individu yang terlibat. 


Hasil dari pertemuan itu, pihak Pengurusan UiTM kini sedang mempertimbangkan dua tindakan sama ada tidak mengambil sebarang tindakan kerana pensyarah dan pelajar berkenaan telah bertemu, berbincang dan mahu mengharmonikan keadaan, ada menamatkan kontrak pensyarah berkenaan yang telah diperbaharui pada 15 Mac lalu. 


Bagaimanapun, pihak UiTM sedang mendapatkan nasihat daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan lanjut. 


Posting tular dari FB Wan Mahussin Wan Zain


Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain

from The Reporter https://ift.tt/OTVy4uZ
via IFTTT