'Anak saudara saya dipukul dari jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi' - 11 pelajar asrama ditahan polis



"Anak saudara saya, Aqil Mustakim, Tingkatan 2, telah dibawa ke tingkat tiga (bilik kosong) dan telah dipukul oleh sekumpulan pelajar senior Tingkatan 5 dari jam 11 malam hingga 3.30 pagi," demikian kata ahli keluarga mangsa yang tular di Facebook beberapa hari lalu. 


Satu laporan polis telah dibuat yang menyebabkan 11 pelajar di sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus, Terengganu telah ditahan untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, kesemua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun ditahan pada jam 1 petang Isnin lalu.


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 malam Khamis, mangsa berusia 14 tahun telah dipukul dan disepak sekumpulan pelajar terbabit yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan lebam di bahagian paha kiri dan kanan. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 9.40 malam Ahad lalu, untuk tindakan lanjut. 


Berdasarkan keterangan dari semua suspek, polis percaya motif kejadian berpunca dari perselisihan faham di antara kedua-dua pihak. 


Suspek direman selama tiga hari sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/PDKixSF
via IFTTT