'Gi bank pakai buruk-buruk tukar duit raya RM2 juta jer'



Sikap segelintir individu menunjuk kekayaan diri di media sosial sudah menjadi trend. Namun tanpa sedar, trend itu mengundang pelbagai risiko kepada keselamatan diri dan keluarga, serta mungkin ada penjenayah yang sedang memerhati. 


Enam hari yang lalu seorang wanita yang juga pengasas produk susu memuat naik video dirinya menukar duit raya berjumlah RM2 juta di bank, mengundang perhatian netizen. 


Kapsyen wanita berkenaan yang dikenali sebagai Cikna, mengatakan dirinya hanya memakai 'pakaian buruk' ketika berurusan di bank tersebut dan bersyukur masih diberi layanan yang baik.


"Gi tukar duit raya kat bank pakai buruk-buruk je. Nasib baik orang bank layan. Tak tukar banyak pun, tukar dua juta je. Mesti FYP (masuk feed video popular) kan kalau ada duit. Hahaha," tulisnya. 


@farhanazahra91

Fyp ke tak ni, cikna tunjuk duit DUA JUTO katooo haha ayat nya ekora 🤣🤣🤣

♬ ANGKAT TANGANMU BESTIE - Omokucrut


Bagaimanapun, ada netizen yang mempertikaikan kebenaran video tersebut kerana pengeluaran wang dalam jumlah yang besar kebiasaannya dilakukan di kaunter khas, bukannya di kaunter biasa. 


"Dua juta tak ambil depan kaunter, ada bilik khas disediakan. Agak-agak la. Sis (saya) bukan hidup setahun dua," kata netizen bernama Liz. 


Kenyataan Liz itu menarik perhatian Cikna yang kemudian membalas dengan ayat berikut: 


"Nampaknya makcik (Liz) kena hidup lebih lama. Kita bukan privilege, kita private customer bank dah acik. Nak duit pun kita order dalam WhatsApp je," balasnya.


@farhanazahra91 Reply to @datinliz7 ♬ original sound - Farhana Zahra


Walaupun dituduh riak, ada yang tampil mempertahankan Cikna dan tiada salah jika Cikna memuat naik sebarang gambar yang berkaitan dengan aktiviti perniagaannya. 


"Sebab dia orang berniaga. Memang selalulah dia upload aktiviti dia, termasuklah upload gambar duit. Saya sebagai orang berniaga juga, tak nampak dari sisi mana dia dikatakan riak," kata Danis. 


"Matlamat tidak menghalalkan cara kak oi. Dalam Islam ada tiga perkara yang perlu dirahsiakan iaitu harta, umur dan keluarga. Kalau betul berniaga, tunjuk niaga apa dan kelebihan produk," kata Shahputera. 


"Kita beraya dengan apa yang ada, mengikut kemampuan kita. Pada yang terlebih mampu itu, tidak perlulah menunjuk-nunjuk. Para ulama sudah melarang kita menunjuk-nunjuk harta, bahagia, sakit dan umur," kata Atiqah. 


Sumber: TikTok Cikna




from The Reporter https://ift.tt/povP83W
via IFTTT