Seorang lelaki yang mempunyai sembilan isteri mendedahkan dia merancang untuk berkahwin dengan dua lagi wanita dan mahukan bayi dengan kesemua isterinya.
Arthur O Urso dari Brazil, menjadi tajuk utama media tempatan selepas dia berbicara mengenai perkahwinan kontroversinya dengan sembilan wanita berkenaan.
Difahamkan, Arthur baru saja bercerai dengan salah seorang wanita berkenaan dan model itu berharap dia dapat mencari dua lagi wanita untuk dikahwini.
Memandangkan dia dan salah seorang isterinya, Luana Kazaki adalah 'swingers', mereka mengambil keputusan untuk merasmikan perkahwinan mereka dalam satu majlis yang diadakan di sebuah gereja di Sao Paulo.
Bagaimanapun pasangan itu kini berdepan dengan perceraian dari salah seorang isterinya, Agatha, yang merasakan idea poligami itu tidak lagi menarik untuknya.
Model berkenaan yang memperoleh £56,000 atau RM309K berkata, "Dia mahu memiliki saya untuk dirinya sahaja. Ini tidak masuk akal, kita perlu berkongsi (kasih sayang dan cinta).
"Saya sangat sedih dengan perpisahan ini dan terkejut dengan alasan yang diberinya. Dia (Agatha) berkata, dia rindukan hubungan monogami.
"Isteri saya yang lain menganggap sikapnya salah dan dia menerima perkahwinan ini untuk suka-suka, bukan untuk merasai hubungan yang sebenar. Saya tahu saya telah kehilangan seorang isteri, tetapi saya tidak akan mencari penggantinya buat masa ini," katanya.
Meskipun rancangannya tertangguh seketika, Arthur berharap dapat berkahwin dengan dua lagi wanita kerana dia menyimpan impian mempunyai 10 orang isteri.
"Saya mempunyai impian, saya sentiasa mahukan 10 isteri. Saya hanya mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi saya mahu mempunyai anak dengan semua isteri saya.
"Kasih sayang yang saya berikan kepada mereka semua adalah sama. Saya rasa tidak adil kalau hanya mempunyai anak dengan seorang atau dua orang isteri," ujarnya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/cdqMCmb
via IFTTT