Remaja hilang 3 jari tangan, tak sempat baling mercun bola

Foto Tular


Padah bermain mercun, seorang remaja berusia 14 tahun kehilangan tiga jari tangannya dan pecah gegendang telinga dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang ketika bermain mercun bola di hadapan rumahnya di Kampung Lembah, Beris Kubur Besar. 


Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. 


Akibat dari kejadian itu, pelajar tingkatan dua terbabit hilang ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah, selain mengalami luka di bahagian leher akibat percikan api. 


Siasatan awal mendapati, mangsa bermain mercun di hadapan rumahnya dan tidak sempat membaling mercun tersebut lalu meletup di tangan. 


Mangsa yang mengalami kecederaan parah terus dikejarkan ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar, Tawang untuk mendapatkan bantuan awal sebelum dirujuk ke HUSM dan tiga jarinya yang terjejas telah dibuang dalam secara pembedahan. Selain itu, mangsa juga dirujuk kepada pakar telinga.


Setakat ini, tiada sebarang laporan diterima mengenai kejadian itu. Gambar-gambar kejadian juga tular di media sosial. 


Mohamad Ismail menasihatkan orang ramai lebih cakna terhadap keselamatan diri dan akan menggerakan pasukan pemantau untuk memantau kegiatan bermain barang terlarang itu. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/D9nEB3g
via IFTTT