Michael Bay, pengarah yang membuat filem aksi bajet besar dipenuhi dengan letupan, terkenal dengan kejayaannya menghasilkan lima filem Transformers yang ditayangkan di pawagam antara 2007 hingga 2017 dengan filem terakhir Tansformers: The Last Knight.
Filem pertama Transformers adalah satu lonjakan ke hadapan dari segi skop dan kualiti kesan visualnya.
Dalam temubual bersama Unilad, Bay berkata, penghasilan filem pertama Transformers amat memberangsangkan dari segi kualiti visualnya menggunakan teknologi yang sebelum itu mereka sendiri tidak pasti ia berfungsi atau sebaliknya.
Sekuel yang seterusnya dilihat tidak konsisten dari segi kualiti naratif walaupun visualnya kekal fenomenal dan berjaya mencapai tahap box office dengan kutipan keseluruhan bagi lima filem itu adalah lebih AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion).
Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan komersial filem itu Bay berkata, penghasilan lima filem Transformers adalah terlalu banyak.
"Saya dah buat terlalu banyak. Steven Spielberg kata, saya patut berhenti selepas buat filem ketiga Transformers. Saya kata saya akan berhenti. Tetapi pihak studio pula menggesa saya membuat filem yang keempat. Hasilnya, filem itu berjaya meraih kutipan bilion juga.
"Kemudian saya kata saya akan berhenti setakat filem keempat. Tetapi mereka (pihak setudio) sekali lagi merayu. Saya sepatutnya berhenti, tapi saya seronok nak buat lagi," katanya.
Walaupun Bay tidak lagi membuat filem Transformers, filem itu diterus dihasilkan oleh pengarah lain. Pada 2018, filem spin-off Bumblebee kembali menemui peminatnya dan sekuel terbaru, Transformers: Rise of the Beasts dijangka akan ditayangkan pada 2023 di bawah arahan Stephen Cable Jr dan dibintangi oleh Anthony Ramos, Dominique Flshback dan Luna Lauren Velez.
Sumber: Coming Soon
from The Reporter https://ift.tt/fwpcliT
via IFTTT