'Woi! Bini aku! Ba**!' - Suami bengang, isterinya yang hamil dipijak peserta challenge RM10K anjuran YouTuber
Tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki mengamuk kerana isterinya dipijak semasa berebut mendapatkan slot untuk menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber tempatan.
Menurut lelaki berkenaan, dia dan isterinya datang ke lokasi setelah mengetahui penganjur tersebut menjanjikan wang hadiah lumayan sebanyak RM10,000 sekiranya memenangi cabaran seperti membaling raket paling jauh, menimbang bulu tangkis paling lama dan banyak lagi.
@newtiktokerf #isa#isaisarb@isaisarbofficial #game#challenge #isarb#isaisarbofficial #youtuber#10kchallenge#fyp ♬ Sampai - Isa Isarb
Sebaik saja pintu pagar dibuka, orang ramai yang hadir berebut-rebut masuk melalui pagar kecil itu dan wanita hamil itu terlanggar meja yang diletakkan di sebelah kiri pagar lalu terjatuh.
@hasifmecca #isaisarb #event #10k #viral #trending ♬ Paris - 斌杨Remix
@pzbundle kejadian sebenar insiden perempuan mengandung terjatuh semasa event isaisarb..#isaisarb #kwsp10k ♬ original sound - PZBUNDLE KASUT
Menyedari isterinya yang berada di belakang terjatuh, si suami segera berpatah balik dan menjerit-jerit meminta orang ramai tidak memijak isterinya.
Berang dengan kejadian itu, lelaki terbabit mula menyalahkan penganjur dan meminta YouTuber itu bertanggungjawab sekiranya isteri dia mengalami keguguran. Lelaki itu yakin dan percaya isterinya telah ditolak oleh dua individu yang sehingga kini masih belum diketahui identitinya.
@ipanzuzuzu0 10k tak dapat..selipar hilang sebelah hmm harap bertabah ya brader tu😔✊🏼 @isaisarbofficial #fyp #esekeli #isaisarb ♬ original sound - DANIAL IRFAN
Kejadian itu turut mengundang kehadiran pihak berkuasa yang kemudian datang ke lokasi. Menurut anggota polis dalam video di lokasi, penganjuran program itu didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
@naazhimabrahim Reply to @muhdzuhaily8 ni apa kes pulak? Sampai abam polis datang @isaisarbofficial memang kecoh isa datang #isaisarb #fyp #fypシ ♬ original sound - Ajim
Sementara itu di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan tindakan si suami yang menyalahkan YouTuber berkenaan di atas kecuaian isterinya sendiri.
"Dah tahu bini mengandung, sibuk ajak join game sekali semata-mata nak dapat RM10,000. Bini sendiri tersadung meja, salahkan orang lain pula.
"Sendiri yang ambil risiko nak join game, salahkan orang lain pula kalau bini keguguran? Lepas tu ugut Isa lagi kalau tak, akan buat report polis.
"Dah macam-macam Isa tawarkan untuk bayar bil hospital, perubatan dan siap offer lagi nak hantar ke hospital, tetapi dia sendiriy ang tolak. Isa dah minta maaf berkali-kali and dah ajak bincang elok-elok, tapi abang yang nak besarkan kes. Abang nak apa sebenarnya?" soal netizen.
Sumber: Video Viral
from The Reporter https://ift.tt/xtrHm91
via IFTTT