Elon Musk berminat melabur di Indonesia selepas bertemu dengan Presiden Jokowi



Pengasas SpaceX dan Ketua Eksekutif syarikat kereta elektrik, Tesla, Elon Musk, bersetuju untuk melawat Indonesia pada November ini selepas mengadakan pertemuan dengan presiden negara itu pada Sabtu lalu. 


Presiden Joko Widodo (Jokowi) terdahulu melawat Musk di Starbase, fasiliti pengeluaran roket SpaceX, tapak ujian dan pelabuhan angkasa di Boca Chica, Texas, mempelawa bilionair Amerika Syarikat itu datang melabur di Indonesia dalam membangunkan industri bateri elektrik (nikel) yang bertaraf dunia.


Jokowi berkata, lawatan itu dibuat susulan daripada pertemuan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan dengan Musk pada bulan lalu. 


"Ini adalah lawatan susulan untuk bercakap dengan Elon mengenai pelaburan, tentang teknologi, inovasi dan kini saya berada di sini untuk bertemu dan berbincang dengan Elon mengenai kerjasama di masa hadapan," kata Jokowi. 


Sementara itu, Musk mengakui dia berminat dengan masa depan Indonesia yang mana dia menggambarkan negara itu mempunyai pontesi untuk bekerjasama dengan Tesla dan SpaceX. 


Indonesia pada 2020 telah menawarkan kepada SpaceX untuk membangunkan pelabuhan angkasa di Biak (West Papua) dan Morotai (Ambon) di mana ruang kedua-dua lokasi itu terletak sangat dekat dengan garisan khatulistiwa, selain dapat membantu roket mencapai halaju awal yang lebih tinggi dan membawa muatan yang lebih berat. 


Syarikat itu juga pernah melancarkan satelit Merah Putih ke orbit untuk syarikat telekomunikasi milik kerajaan, Telkom Indonesia. 


Menurut Musk, jumlah penduduk Indonesia yang ramai dan pertumbuhan ekonomi yang konsisten sebagai faktor yang membuatkan beliau berminat dengan negara yang paling ramai penduduk di Asia Tenggara itu. 


Sumber: Jakarta Globe




from The Reporter https://ift.tt/j28gc95
via IFTTT