Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana disyaki mencabul anak kandungnya berusia 14 tahun.
Ketua Polis Banda Aceh, Joko Krisdiyanto berkata, suspek ditahan di rumahnya pada malam Khamis lalu setelah mendapat laporan dari keluarga mangsa pada 7 Jun lalu.
Menurut Joko, kejadian pencabulan dan pemerkosaan itu dilakukan suspek terhadap anak kandungnya pada bulan Februari, April dan kali terakhir pada November 2021 di bilik mangsa.
"Dalam tempoh itu, suspek telah melakukan perbuatan keji itu terhadap anaknya yang masih di bawah umur sebanyak tiga kali. Suspek ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis," katanya.
Siasatan awal mendapati, suspek dan isterinya bertengkar dan sejak dari itu mereka tidak lagi tidur sebilik. Selama berselisihan faham dengan isterinya, suspek memilih tidur di bilik mangsa. Dalam kesempatan itu, suspek melampias nafsu syaitannya pada mangsa.
Suspek melakukan perbuatan itu di waktu malam di mana suspek masuk ke bilik selepas mangsa tidur. Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan terpaksa pasrah dengan tindakan suspek.
Perubahan sikap dan tingkah laku mangsa menimbulkan rasa curiga ibunya yang masih tinggal di rumah itu, lalu mendesak mangsa menceritakan perkara sebenar. Setelah dimaklumkan mengenai perbuatan keji si bapa, ibu mangsa terus membuat laporan polis.
Suspek kini ditahan dan akan didakwa atas pertuduhan melakukan pencabulan dan pemerkosaan terhadap anak kandungnya.
Mangsa yang mengalami trauma diberi khidmat kaunseling berperingkat dengan menggunakan kaedah psikologi bagi membantunya melupakan kejadian.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/jf9gM51
via IFTTT