Bekas Senator dipanggil polis sebab upload video ulas isu subsidi & minta rakyat bangkit tolak kerajaan di PRU15
23 Jun lalu, bekas ahli Dewan Negara (Senator) Siti Aishah Shaik Ismail (pemimpin PKR Perak) memuat naik video mengenai isu subsidi di TikTok di mana dia meminta rakyat bangkit dan menolak kerajaan hari ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Kenyataan itu dimuat naik susulan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tulen (botol) mulai 1 Julai, tidak meneruskan harga kawalan siling ayam dan telur ayam.
Ekoran kenyataan itu, polis telah memanggil Siti Aishah untuk diambil keterangan. Rumahnya turut diserbu pihak polis bersama dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan merampas sebuah telefon bimbit miliknya.
Siti Aishah kemudian dibawa ke balai untuk diambil keterangan untuk membantu siasatan berkaitan video tersebut serta satu laporan polis yang dibuat oleh sebuah NGO di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Jam 1.45pm tadi sdri Siti Aishah @SitiAishahSI telah dipanggil ke balai polis Sg Senam, Perak, difahamkan berkait video Tiktok mengenai isu subsidi pic.twitter.com/xTPRnyK1yw
— Fahmi Fadzil π²πΎπ΄ (@fahmi_fadzil) June 27, 2022
Tindakan pihak berkuasa itu mengundang tanda tanya pemimpin politik, Syahredzan, Pengerusi Biro Media Sosial DAP, apakah kerajaan Ismail Sabri takut dengan TikTok.
"Tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak bekadar, perlu diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik kerajaan.
"Adakah tindakan yang diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu telah menjadi begitu tular sehingga menyebabkan ada pihak yang rasa tidak senang dengan video tersebut?
"Ia menimbulkan persoalan sama ada kerajaan kini merasakan bahawa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka sehingga perlu mengambil tindakan sedemikian. Adakah kerajaan kini takut dengan video TikTok?" katanya.
Syahredzan berkata, kerajaan sepatutnya menyedari bahawa isu subsidi dan harga barang adalah asas kepada video tersebut yang mana isu itu telah membelenggu rakyat untuk sekian lama. Kerajaan juga katanya, tidak sepatutnya menyekat suara-suara yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/wYNLUpd
via IFTTT