Isu bekalan air di Kelantan bukan satu isu baharu yang diperkatakan, malahan sudah menjadi polemik sidang Menteri. Masalah ini dikatakan sudah berlaku hampir tiga dekad yang lalu dan bertambah ‘parah’ apabila tibanya musim perayaan. Kepulangan perantau ke kampung meningkatkan lagi penggunaan kadar penggunaan air.
Namun sehingga kini, isu ini dilihat seperti tiada jalan penyelesaian yang dicapai untuk kepentingan rakyat di negeri Kelantan khususnya.
Satu tangkap layar tular ketika ini menyatakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Nik Amar tidak berminat untuk menjadi panelis bersama Dato’ Husam Musa dalam sesi perbincangan Berani Semuka Isu Air yang dianjurkan oleh Sinar Harian.
Pihak Sinar Harian memaklumkan Dato’ Husam Musa bersetuju hadir manakala Dato’ Nik Amar memberikan jawapan tidak berminat. Sehubungan dengan itu, pihak Sinar sedang mencari panelis lain sebagai pengganti.
Simple je jawapan dia "Tidak berminat" pic.twitter.com/6HKYFjoZ2R
— Zack Rockstarᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠ (@zack_rockstar) June 10, 2022
Baru-baru ini juga tular satu ciapan memaparkan keadaan tangki air yang sangat kotor dan menjijikkan. Pada sangkaan netizen, gambar tersebut adalah hidangan kuah kacang yang berminyak, namun imej yang dirakam itu adalah merupakan keadaan tangki air salah seorang penduduk di Kelantan.
Ada juga yang mendakwa mereka terpaksa membasuh muka dengan air mineral dek kerana kulit muka mereka sudah mengalami perubahan teruk apabila membasuh dengan air kotor.
"Muka breakout sebab air Kelantan kotor. Saya terpaksa basuh muka menggunakan air mineral. Nak dapat air Coway pun nyawa-nyawa ikan. Apa yang Kerajaan Kelantan buat? Harap pemimpin korang dapat jawablah di akhirat, walaupun di dunia acah serambi mekah.
"Muka breakout sepanjang pengajian degree saya di Kelantan. Tetapi perkara utamanya, masalah air tak pernah selesai pun. Kadang-kadang terfikir, Kelantan ini ada pemimpin atau tak?
"Semua baju jadi kuning bila basuh guna mesin basuh. Nak masak pun tercemar. Small thing but create big issue. Tetapi dipandang remeh oleh pemimpin," kata Hajxrs.
Tidak kurang juga, salah seorang pengadu yang baru sahaja berpindah ke Kelantan terpaksa mengeluarkan wang sejumlah RM5,000 untuk memasang penapis air. Pengadu turut meluahkan beliau perlu turun dua hari sekali untuk menggoncangkan paip air telaga kerana pasir yang tersumbat dan perlu mengupah pekerja untuk pendawaian.
"Saya baru pindah ke Kelantan, baru faham seksanya tak ada bekalan air. Bukan sekadar bekalan air putus, tapi buka paip tak menitis setitik pun. Last sekali saya tutup akaun air kerajaan, pasang penapis air, dua kali filter, dua pam enjin. Habis dekat RM5,000. Dua hari sekali kena turun goncang paip air sebab tersumbat pasir.
"Orang negeri luar mungkin tak faham perasaan anxiety balik rumah dari kerja tak tahu sama ada air ada atau tak. Ini belum cerita lagi tentang perkhidmatan pelupusan sampahnya," kata Abu Bakar.
Dalam satu siri ceramah isu semasa, Nik Amar mengaku Kelantan mengalami masalah air, tetapi membandingkan masalah itu dengan 10 tahun yang lalu, dia yakin ada banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
"Kita mengaku masalah air ini ada, bukan tak ada. Tetapi jika dibandingkan dengan 10 tahun atau 5 tahun yang lepas, sudah tentu banyak perubahan. Cuma tidak selesai semua sekali dan itu kita akui.
"Kita perlukan masa sebab nak menyelesaikan masalah air ini kita perlukan RM2 bilion. Bukan seringgit dua ringgit, tetapi RM2 bilion. Kalau boleh RM2 bilion itu, masalah air tidak boleh diselesaikan dalam masa sehari. Nak menukar paip saja, panjang saluran paip Kelantan lebih 4,000 kilometer. Kalau naik kapal terbang, lebih kurang dari Kuala Lumpur sampai ke Dubai.
"Kita sudah berusaha dan benda ini makan masa. Sebab itu kalau kita lihat, orang luar tak ada isu lain nak dijadikan sebagai modal untuk menyerang Kelantan, kecuali isu air ini.
"Beri masa kepada kita kerana kita sekarang ini adalah sebahagian daripada kerajaan pusat, inshaAllah. Takkan baru setahun lebih jadi kerajaan pusat, takkan dapat selesai terus. Kelantan dinafikan hak sejak lebih kurang 30 tahun. Tapi inshaAllah saya percaya kita boleh selesaikan masalah ini," katanya.
Hmmm pic.twitter.com/e68OA04pHO
— lamisa_chukchuk (@ChuLamisa) June 8, 2022
Sumber: Zack Rockstar, Hajxrs, Cari
from The Reporter https://ift.tt/l3GJyPC
via IFTTT